I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 16 March 2011


MESIN LAYAN DIRI
MESIN layan diri di Jepun bukan saja menjual makanan atau minuman bahkan mempunyai fungsi sosial. Ia menjual payung, bunga, makanan yang dimasak, minuman sejuk selepas gempa bumi malah adakalanya mampu membaca fikiran manusia. Begitulah cara lima juta mesin layan diri di Jepun berfungsi. Jepun mempunyai 2.5 juta mesin layan diri yang menjual minuman, bersamaan dengan satu mesin bagi setiap 50 orang. Ia menjana pendapatan AS$27 bilion (RM83 bilion) tahun lalu, menurut Pertubuhan Pengeluar Mesin Layan Diri Jepun. Mesin layan diri terkini yang berteknologi tinggi menggunakan kamera dan perisian yang boleh mengesan jantina dan usia seseorang, dengan ketepatan sekitar 75 peratus.

No comments:

Post a Comment